Sunday 20 February 2011

Cahaya Mata

Saya percaya mana-mana ibu bapa di dunia ini pasti akan merasa gembira dan bersyukur kerana Allah SWT telah menganugerahkan cahaya mata dalam hidup mereka.


Pengorbanan seorang ibu, susah payah dan segala keperitan yang dilalui sepanjang tempoh kehamilan selama 9 bulan dan sehingga lah tiba hari kelahiran.


Saya melawat seorang bayi yang baru lahir petang tadi, membuatkan hati saya berasa sangat seronok apabila dapat melihat dan mencium bayi yang baru lahir yang masih bersih dan suci itu. Matanya, hidungnya, mulutnya, sangat kecil dan comel sekali.



Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, bertambah lagi seorang hamba Allah di muka bumi ini yang bakal menyambung perjuangan ayah dan ibunya di dewasa kelak.


Tahniah diucapkan kepada Kak Sally dan suaminya. Saya doakan rezeki kalian semakin bertambah dan sentiasa bahagia di samping baby comel tersayang..


Teduhkanlah Hatiku
Lelahkan Jiwaku
Duhai Engkau Cahaya Mataku
Yang Menuntun Jalanku
Yang Memandu Hidupku
Yang Meredupkan Pedih Penatku
Tersenyumlah...
Bahagialah..
Sugguh Engkau
Yang Melumpuhkan Hatiku
Yang Melipurkan Rinduku
Senyuman itu Menyenangkan Aku



Tersenyumlah...
Bahagialah..
Sugguh Engkau
Yang Melumpuhkan Hatiku
Yang Melipurkan Rinduku
Senyuman itu Menyenangkan Aku







Pesanan buat Baby: Baby jangan nakal-nakal okey.. :-)

Saturday 19 February 2011

New Blogger

Assalamualikum,

Saya Hanis Zuhaili berusia 20 tahun masih baru dalam dunia blogger.
Harap dapat diberi sokongan dan tunjuk ajar daripada semua bloggers.:)

Selalu2 lah melawat ke sini dan menjadi follower..

Terima Kasih.